28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM

    Shopee Sale

    Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan beliau.

    Kenderaan membawa Perdana Menteri kesembilan itu tiba pada 2.52 petang dan kehadiran beliau ke ibu pejabat SPRM merupakan kali kesembilan bagi tujuan memberi keterangan.

    Semalam, beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 6.11 petang selepas selesai proses merakam keterangan yang berlangsung selama tujuh jam.

    MENARIK:  Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank

    Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

    Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah