26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ILO: Cuepacs tempelak JBK, konflik dalaman jadi aib antarabangsa

    Shopee Sale

    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tampil mengecam keras tindakan pihak yang mendakwa mewakili Jawatankuasa Bersama Khas (JBK), ekoran ketiadaan wakil pekerja dari Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) di Geneva tahun ini – insiden pertama seumpamanya dalam sejarah negara.

    Dalam pertemuan rasmi bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong di Zurich, delegasi 16 orang dari Cuepacs yang diketuai setiausaha agungnya, Abdul Rahman Mohd Nordin, menzahirkan kekecewaan mereka terhadap tindakan dan kenyataan individu yang menurut mereka telah mengelirukan masyarakat antarabangsa dan mencemarkan imej Malaysia.

    “Mandat JBK adalah terhad – hanya untuk melaksanakan pengundian semula kepimpinan MTUC sebagaimana diarahkan Mahkamah Rayuan.

    “Ia bukan satu entiti perwakilan rasmi, jauh sekali mempunyai kuasa untuk mencalon atau bertindak mewakili pekerja Malaysia di ILC,” tegas Abdul Rahman.

    Dia berkata, kegagalan JBK menjalankan pengundian dalam tempoh ditetapkan bukan sekadar menyebabkan MTUC tidak mempunyai kepimpinan sah, malah mengakibatkan Malaysia muncul tanpa suara pekerja di forum utama buruh antarabangsa anjuran ILO – satu kegagalan strategik yang memalukan.

    MENARIK:  Menteri Luar Iran bincang perkembangan terkini dengan ketua PBB

    Cuepacs turut menyatakan bahawa pembatalan penyertaan saat akhir menyebabkan mereka menanggung kos sendiri bagi tiket dan penginapan yang telah ditempah lebih awal, tanpa sebarang pampasan – satu beban kepada kesatuan dan bukti jelas kelemahan sistem pengurusan perwakilan buruh negara.

    “Kami gesa agar selepas ini kesatuan gabungan seperti kami diberi ruang mendaftar terus dengan ILO, tanpa melalui MTUC, bagi menjamin keberlangsungan suara pekerja Malaysia di pentas global,” katanya lagi.

    Kementerian Sumber Manusia sebelum ini menegaskan bahawa pencalonan oleh JBK adalah di luar bidang kuasa, dan kerajaan tetap berpegang pada prinsip tripartisme dengan hanya mengiktiraf penyertaan kesatuan yang sah dan berdaftar.

    Namun bagi Cuepacs, apa yang berlaku adalah simptom kepada masalah dalaman MTUC yang belum diselesaikan dan kelemahan kawal selia JBK. Akibatnya, bukan sahaja pekerja kehilangan suara, tetapi negara kehilangan kredibiliti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah