26 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ICRC sah proses pembebasan tawanan Israel di Gaza bermula

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada pagi Isnin mengumumkan bahawa proses pembebasan tawanan Israel di Semenanjung Gaza telah bermula sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

    Menurut laporan, tujuh orang tawanan telah diserahkan kepada pasukan ICRC.

    Baki 13 tawanan Israel yang masih hidup dijadual dibebaskan pada 10 malam waktu tempatan dari kawasan tengah Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

    Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu lalu mengumumkan bahawa Israel dan kumpulan Palestin Hamas bersetuju melaksanakan fasa pertama pelan 20 perkara bagi melaksanakan gencatan senjata di Gaza.

    MENARIK:  Trump arah negara berniaga dengan Iran dikenakan tarif 25 peratus

    Pelan itu merangkumi pembebasan semua tawanan Israel sebagai pertukaran dengan kira-kira 2,000 tahanan Palestin serta pengunduran berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza. Fasa pertama mula berkuat kuasa pada Jumaat.

    Fasa kedua pelan pula merangkumi penubuhan badan pentadbiran baharu di Gaza tanpa penyertaan Hamas, penempatan pasukan multinasional dan pelucutan senjata kumpulan itu.

    Sejak Oktober 2023, serangan Israel mengorbankan lebih 67,800 penduduk Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menjadikan wilayah itu hampir tidak dapat didiami.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah