25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hujan lebat landa Jepun: Seorang maut, 10 hilang

    Shopee Sale

    GLOBAL | Seorang maut dan 10 masih hilang selepas hujan lebat melanda Noto, Jepun, menurut pihak berkuasa tempatan.

    Hujan melebihi 120 milimeter (mm) sejam direkodkan di Wajima, wilayah Ishikawa, Noto pada pagi Sabtu, menurut agensi cuaca.

    Seorang terbunuh di Suzu selepas tanah runtuh memusnahkan sebuah rumah, manakala tiga lagi dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.

    Tiga pekerja di tapak pembinaan terowong di Wajima tidak dapat dikesan selepas insiden tanah runtuh.

    Terowong itu sebelum ini rosak akibat gempa bumi pada 1 Jan, menurut pejabat kementerian tanah.

    Di Wajima, pihak bomba memaklumkan empat individu hilang selepas empat rumah rosak akibat ribut.

    Sementara itu, sekitar 4,300 rumah di Wajima, 1,100 di Suzu dan 840 di Noto mengalami gangguan bekalan elektrik pada 5 petang, menurut Hokuriku Electric Power Co.

    MENARIK:  ‘Ucapan kontroversi Muhyiddin tak akan beri impak besar pada politik’

    Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran berkaitan cuaca di wilayah Tohoku dan Hokuriku serta menggesa orang ramai berjaga-jaga terhadap tanah runtuh, banjir di kawasan rendah, dan limpahan sungai sehingga Ahad.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah