27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hujan lebat di KL, 16 kereta dan 3 rumah rosak akibat pokok tumbang

    Shopee Sale

    Sebanyak 16 buah kereta dan tiga buah rumah di sekitar ibu kota rosak teruk akibat ditimpa pokok susulan hujan lebat dan angin kencang petang semalam.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.

    Katanya hujan lebat dan angin kencang selama sejam pada enam petang itu menyebabkan kejadian pokok tumbang di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Sekolah Sukan Bukit Jalil yang menyebabkan kerosakan lima buah kereta serta di Taman Tasik Damai yang mengakibatkan kerosakan dua buah kereta.

    Menurutnya kejadian pokok tumbang juga berlaku di Jalan Radin dan Jalan Radin Anum di Sri Petaling yang mengakibatkan kerosakan tiga buah kereta manakala dua buah kereta lagi rosak terkena khemah peniaga yang diterbangkan angin.

    "Dalam kejadian pokok tumbang di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama telah merosakkan dua buah kereta manakala kejadian sama di Jalan Jalil Jaya, Bukit Jalil menyebabkan dua buah kereta rosak," katanya dalam kenyataan semalam.

    MENARIK:  Anwar junjung kasih doa, keprihatinan Sultan Brunei

    Dalam pada itu, kejadian pokok tumbang juga menyebabkan kerosakan dua buah rumah di Bandar Baru Sri Petaling dan sebuah rumah di Taman Salak Selatan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah