31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Himpunan URA: Lebih ‘jantan’ berhujah bersemuka – Pemuda Amanah

    Shopee Sale

    Pemuda Amanah mengingatkan Pemuda PAS mengenai jemputan debat berhubung isu Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dibuat lebih seminggu lalu, yang masih belum dijawab.

    Pengarah Biro Strategi Pemuda Amanah Nash Nahar mengulangi jemputan debat itu dengan berkata ia bertujuan memberi ruang kepada semua pihak untuk membentangkan hujah, fakta dan data secara beradab dan bertanggungjawab berhubung isu berkenaan demi manfaat rakyat.

    "Kita tidak menafikan hak mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman. Namun, adalah lebih matang dan 'jantan' untuk berhujah secara bersemuka, bukan sekadar mencipta ketakutan dalam kalangan rakyat tanpa sebarang penyelesaian atau alternatif yang jelas.

    "Amanah percaya rakyat berhak mendapat penjelasan menyeluruh, bukan retorik kosong atau momokan politik. Maka kami alu-alukan kehadiran wakil Pemuda PAS dalam debat ini, yang akan kami uruskan secara telus dan profesional.

    MENARIK:  SPAN bangunkan pelan strategik tangani rasuah

    "Akhiri politik ketakutan, mulakan politik nilai," katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden pada 3 Mei lalu mengumumkan akan mengadakan himpunan aman bagi membantah cadangan RUU URA pada 14 Jun di sekitar kawasan Lembah Klang.

    Afnan Hamimi berkata, semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa diharap dapat turut serta dalam himpunan berkenaan bagi menyatakan pendirian menolak RUU tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah