Adun Gombak Setia Hilman Idham memenangi jawatan ketua Pemuda (Armada) Bersatu menewaskan pencabarnya, Akmal Zahin Zainal Zahir.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Abdul Azim Mohd Zabidi, memaklumkan Hilman memperoleh 1,888 undi mengatasi bekas pengerusi tetap Armada dengan hanya 170. Undi yang diperolehi Zahin adalah 1,718.
Manakala jawatan naib ketua pula dimenangi oleh Muhammad Faiz Rahmad. Dia memperolehi 1,790 undi dan mengalahkan Izhar Shah Arif Shah yang mendapat 1,287 undi dan Ad Adib Shaharuddin (490).
[Berita penuh menyusul]





