28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hentikan fitnah tebuk atap tutup kegagalan’ – Wanita Umno NS

    Shopee Sale

    Wanita Umno Negeri Sembilan menyelar tindakan pihak tertentu yang sengaja mencipta momokan politik berhubung gerakan "tebuk atap" yang kononnya bagi menjatuhkan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH).

    Mengulas dakwaan yang tular kononnya terdapat Adun Barisan Nasional (BN) mengadakan perjumpaan rahsia di sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi merancang plot penggulingan tersebut, Ketua Wanita Umno Negeri Sembilan, Bibi Sharliza Mohd Khalid, menyifatkannya sebagai taktik terdesak untuk menutup kelemahan pentadbiran sendiri.

    Tegasnya, tuduhan tersebut bukan sahaja tidak berasas, malah langsung tidak disokong oleh sebarang bukti atau fakta yang sah bagi menyokong komplot politik yang digembar-gemburkan itu.

    "Tuduhan seperti ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah memperlihatkan usaha terancang untuk membina persepsi politik tanpa sebarang asas yang kukuh.

    "Ia dilihat sebagai cubaan terdesak untuk mencetuskan persepsi politik serta mengalihkan perhatian rakyat daripada krisis institusi, adat dan perlembagaan yang sedang melanda Negeri Sembilan ketika ini," katanya dalam satu kenyataan media.

    Cabar kemuka bukti, henti politik fitnah

    Mengulas lanjut mengenai penyebaran pelbagai naratif dan dokumen yang kononnya membuktikan wujudnya plot berkenaan, Bibi Sharliza yang juga Adun Juasseh mencabar pihak yang melemparkan tuduhan itu untuk tampil berani mengemukakan bukti kepada umum.

    Katanya, politik khabar angin tidak seharusnya dijadikan alat untuk mengelirukan rakyat demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

    "Jika benar terdapat perjumpaan atau komplot seperti yang didakwa, kemukakan bukti kepada rakyat.

    "Jika tiada bukti, hentikan segera budaya politik fitnah, spekulasi, dan penyebaran maklumat palsu yang hanya mengeruhkan keadaan serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi," katanya lagi.

    Aminuddin Harun

    Menyuarakan kebimbangan terhadap landskap politik negeri, Bibi Sharliza berkata ketika rakyat sedang menuntut penjelasan dan jalan keluar terhadap isu sebenar membabitkan institusi adat serta perlembagaan, ada pihak yang lebih gemar "bermain wayang".

    MENARIK:  Pemandu bas sekolah mahu 'fleet card' SKDS 1.0 diganti bantuan tunai

    Menurutnya, politik matang sepatutnya berpaksikan kebenaran dan fakta, bukannya mencipta musuh politik khayalan semata-mata untuk mengalih pandangan daripada kegagalan sendiri.

    "Rakyat Negeri Sembilan hari ini mahukan jawapan terhadap isu sebenar yang sedang berlaku. Mereka mahu melihat kepimpinan yang bertanggungjawab dan berani menyelesaikan masalah, bukannya terus menuding jari.

    "Jangan cuba mencipta naratif kononnya wujud gerakan 'tebuk atap', komplot politik atau peranancangan menjatuhkan kerajaan semata-mata untuk mengalihkan perhatian daripada persoalan sebenar yang sedang dipersoalkan oleh rakyat," katanya.

    Negeri Sembilan kini perlukan kestabilan

    Menurutnya lagi, Negeri Sembilan kini memerlukan kestabilan, keharmonian institusi, dan kepimpinan yang fokus kepada kesejahteraan rakyat—bukannya terus diheret ke dalam permainan politik yang tidak mendatangkan sebarang manfaat.

    Pada 5 Jun lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN negeri itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

    Perkembangan itu berlaku ketika Negeri Sembilan berdepan krisis takhta yang melibatkan Undang Luak, sehingga menyebabkan Adun BN menarik sokongan terhadap Aminuddin pada April lalu.

    PRN Negeri Sembilan 2023 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan BN membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 31 daripada 36 kerusi DUN.

    PH memenangi 17 kerusi dan BN memperoleh 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.

    Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN selepas Johor berbuat demikian pada 1 Jun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah