27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hasutan: 'Mana janji Anwar, penyokong dia masih lapor polis'

    Shopee Sale

    Kenapa penyokong Anwar Ibrahim masih membuat laporan terhadap pengkritik kerajaan sedangkan perdana menteri telah berjanji untuk melindungi kebebasan bersuara, soal Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid Ali.

    Pemimpin pembangkang yang juga peguam itu kini disiasat buat kali kedua atas dakwaan menghasut.

    "Saya telah menyatakan akan jawab di mahkamah. Saya juga telah menyatakan rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara. Rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk memberi pendapat.

    "Saya juga telah menyatakan dengan jelas ketika dirakam percakapan bahawa beberapa bulan lepas perdana menteri sendiri telah beri komitmen yang amat tinggi di hadapan semua orang menyatakan tidak ada orang akan disiasat di bawah akta hasutan atau menghasut kalau sekiranya orang itu mengkritik kerajaan.

    "Yang dia kata tak boleh buat adalah 3R (kaum, agama, dan raja).

    "Jadi kita nak mempersoalkan, kalau itulah arahan dan dasar yang dibawa oleh perdana menteri, mengapakan sehingga kini masih lagi ada mereka yang menyokong atau mereka yang menjadi penyokong kepada Anwar Ibrahim masih lagi bersungguh-sungguh hendak buat laporan polis terhadap mereka yang hanya menjalankan tugas mereka mengkritik kerajaan, mempertahankan hak demokrasi, hak kebebasan bercakap dan hak bersuara tersebut," kata Rafique kepada media.

    MENARIK:  Sara: K'jaan tidak kompromi terhadap peniaga naikkan harga barang

    Dia berkata demikian selepas kenyataannya dirakam oleh pegawai penyiasat di balai polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, petang ini.

    Peguam itu sedang disiasat atas ucapannya dalam perhimpunan ‘Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ di Perak pada 27 Julai.

    Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Pada bulan Julai, Rafique telah disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 atas ucapannya yang didakwa menggelar Anwar sebagai "penipu" atas janji-janji yang kononnya tidak ditunaikan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah