28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harga RON97 turun 10 sen, diesel di Semenanjung turun tujuh sen

    Shopee Sale

    Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM3.28 seliter, manakala diesel di Semenanjung turun tujuh sen kepada RM3.06 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Mac ini.

    Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

    MOF menjelaskan penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

    MENARIK:  Amerika ‘terpotong’ dana cegahan ebola 

    “Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

    Menurut MOF, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah