25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harap parti lain contohi DAP, beri peluang pemimpin pelapis – pensyarah

    Shopee Sale

    Keputusan pengundian Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam menterjemahkan proses peremajaan parti itu, kata Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Jamaie Hamil.

    Beliau berkata keputusan penuh pengundian CEC yang berlangsung sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 semalam menunjukkan barisan pemimpin pelapis telah diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk memimpin parti.

    “Kita harap parti-parti yang lain mengikuti contoh DAP untuk beri peluang kepada pelapis muda untuk memimpin parti. Sudah sampai masa parti politik Malaysia tanpa mengira parti memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menduduki jawatan-jawatan penting dalam parti.

    “Sampai bila lagi orang tua nak pegang jawatan? Keputusan pengundian DAP menggambarkan pemimpin muda diberi peluang,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

    Selain itu, Jamaie berkata kejayaan Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi seterusnya dipilih sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan yang baharu bukan satu perkara mengejutkan memandangkan ahli Parlimen Damansara berkenaan mempunyai daya tarikan tersendiri.

    Gobind yang juga Menteri Digital dipilih sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan yang baharu menggantikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

    MENARIK:  Pemuda MCA Pahang , Wanita Putra tuntut Nga dedah butiran penuh MyKiosk

    Dalam pada itu, Jamaie berkata pelantikan Lim sebagai penasihat DAP adalah satu keputusan yang relevan.

    “Beliau (Guan Eng) bukan orang kecil dalam DAP, dia sudah menceburkan diri lebih dari 30 tahun dahulu, bukan payung terjun. Jadi saya nampak kedudukan dia sebagai penasihat itu paling sesuai dan paling relevan kerana ketika DAP bukan dalam keadaan gemilang, dialah yang merangka apa yang mungkin,” katanya.

    Sementara itu, Pensyarah Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian (gambar atas) berkata keputusan pengundian semalam menunjukkan delegasi DAP agak strategik dalam melakukan pengundian mereka.

    “Pemilihan yang kita lihat kali ini adalah satu pengundian yang mungkin dianggap luar biasa, tapi sebenarnya DAP telah melakukan peranancangan untuk bergerak ke hadapan, dengan perubahan-perubahan yang dilakukan dalam parti, mungkin ini peranancangan ke arah Pilihan Raya Umum ke-16 yang akan diadakan dalam masa dua tahun akan datang.

    Selain itu, beliau berkata pemilhan Gobind sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan juga dilihat mampu untuk memastikan tidak berlakunya perpecahan dalam parti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah