34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GRS jadi ‘liabiliti’: PKR Sabah beri penjelasan lepas dibidas Gagasan

    Shopee Sale

    Susulan kritikan daripada Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), PKR Sabah menjelaskan kenyataan pengerusinya, Mustapha Sakmud, hanyalah luahan “kegusaran” terhadap kenyataan seorang pemimpin kanan Umno negeri.

    Ketua penerangan PKR Sabah Ahmad Farid Sainuri berkata kenyataan Mustapha itu adalah sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Penerangan Umno Sabah Suhaimi Nasir, yang menyifatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai “liabiliti” dalam “cinta tiga segi” dengan PH.

    Dalam kenyataan hari ini, Farid menegaskan Mustapha sendiri tidak menganggap GRS sebagai liabiliti, sebaliknya sebagai rakan sekutu dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

    “Fakta utama yang dinyatakan tapi gagal difahami ialah bagaimana komitmen PKR Sabah dalam memastikan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

    Justeru, kerjasama baik antara PH dan GRS yang perlu dipertahankan dan bukannya mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Pimpinan GRS sepatutnya bersyukur dengan Perdana Menteri dan PH Sabah yang telah menyelamatkan kerajaan negeri daripada bertukar disebabkan Langkah Kinabalu sebelum ini,” katanya.

    Ahmad Farid Sainuri

    Mengekalkan kestabilan

    Baru-baru ini, Mustapha dalam wawancara bersama Malaysiakini berkata keutamaannya adalah mengekalkan kestabilan dalam kalangan parti kerajaan, meskipun timbul kebimbangan bahawa GRS adalah “liabiliti”.

    Dia juga mengakui kritikan BN Sabah terhadap pentadbiran negeri pimpinan GRS, khususnya berkaitan skandal rasuah lesen perlombongan, adalah berasas.

    Dalam respons balasnya, ketua Gagasan Rakyat Pantai Dalit, Jasnih Daya menasihati Mustapha supaya tidak merosakkan kerjasama antara GRS dan PH, serta mengingatkannya agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

    MENARIK:  Tuan Ibrahim pada PM: Pendidikan tanggungjawab kerajaan, bukan beban

    Begitu juga dengan Pemuda Gagasan Rakyat Darau yang menyifatkan Mustapha sendiri sebagai liabiliti kerana gagal menunjukkan prestasi baik sebagai anggota Parlimen Sepanggar.

    Hari ini, Farid berkata PKR Sabah menghormati Ketua Menteri Hajiji Noor.

    “PKR Sabah amat menghormati kepimpinan Ketua Menteri dan menghargai kerjasama baik antara GRS dan PH, namun janganlah pandangan kami disalah erti hanya kerana laporan media yang kadangkala tidak menggambarkan intipati suara hati sebenar,” katanya lagi.

    Dia turut menggesa rundingan kerusi diselesaikan segera, dengan menekankan ia perlu dibuat bersama kepimpinan PH Sabah, bukannya dengan parti komponennya.

    Skandal rasuah

    Pada November lalu, Malaysiakini mendedahkan dakwaan skandal rasuah berdasarkan siri rakaman video bocor, yang sehingga kini menyaksikan hanya dua wakil rakyat didakwa bersama seorang ahli perniagaan yang menjadi pemberi maklumat, Albert Tei.

    Selain Hajiji, rakaman video yang bocor itu turut mengaitkan dakwaan yang melibatkan pelbagai menteri dan Adun negeri.

    Semua pemimpin GRS yang dituduh Tei telah menerima rasuah daripadanya menafikan dakwaan berkenaan.

    Namun, sebelum itu lagi, hubungan antara BN Sabah dan GRS sudah mula retak selepas BN Sabah menarik balik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Hajiji pada 2023.

    Awal bulan ini, Anwar yang juga Pengerusi PH semasa lawatan ke Sabah menyentuh soal “cinta tiga segi” itu dan menyatakan harapan agar pertembungan antara BN dan GRS dapat dielakkan dalam pilihan raya negeri akan datang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah