31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Goodyear jamin pampasan, kerjasama beberapa syarikat sedia kerja – Zafrul

    Shopee Sale

    Semua proses peralihan yang meliputi kebajikan pekerja telah dilaksanakan sebelum pengumuman oleh Goodyear untuk menutup kilangnya di Shah Alam.

    Ini termasuklah kerjasama dengan beberapa syarikat seperti Proton Holdings Bhd (Proton) untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja yang terjejas.

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini bagi memastikan proses peralihan bagi para pekerja berjalan lancar tanpa sebarang masalah berbangkit.

    Tambah beliau, Goodyear turut memberi jaminan akan memberi pampasan yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang.

    “Mengapa kilang ini ditutup? (Ini kerana) Goodyear menyasarkan pengurangan kos sehingga US$1 bilion setahun menjelang 2025, yang mana penutupan kilang di Shah Alam adalah sebahagian daripada langkah pengurangan kos yang diambil.

    “Goodyear juga bakal menutup dua kilang tayarnya di Jerman, melibatkan 1,750 pekerja. Sebuah kilang tayar di United Kingdom juga bakal ditutup.

    "Jadi, bukan operasi di Malaysia sahaja, malah operasi Goodyear di seluruh dunia juga turut terjejas,” katanya dalam hantaran di aplikasi X pada Jumaat.

    MENARIK:  Jho Low, Nik Faisal dalang konspirasi SRC, kata peguam Najib

    Goodyear dilaporkan akan menutup kilangnya di Shah Alam, Selangor setelah beroperasi lebih lima dekad yang menjejaskan kira-kira 550 kakitangan.

    “Dari dulu hingga sekarang, sentiasa ada syarikat yang gulung tikar dan syarikat baru yang dibuka.

    “Cabaran kita ialah untuk memastikan lebih banyak pelaburan masuk daripada pelaburan keluar,” katanya.

    Justeru, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) dan Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia untuk memudahkan penempatan pekerjaan, serta menawarkan program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah