27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Giliran Tuan Ibrahim pula tegur Gerakan

    Shopee Sale

    PAS terus menyatakan rasa marah mereka terhadap Gerakan dalam isu pembabitkan syarikat arak dalam program menyalurkan dana kepada sekolah Cina.

    Jika semalam rasa tidak puas hati itu disampaikan ketua penerangannya, kali ini kenyataan keras dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Dipetik harakahdaily, Tuan Ibrahim berkata sebagai pemimpin parti komponen PN, Presiden Gerakan Dominic Lau, sepatutnya menyokong sebarang nilai baik yang ditetapkan.

    Bahkan, kata Tuan Ibrahim, walaupun ada kemungkinan kenyataan dibuat Lau itu bersifat peribadi, namun kedudukannya sebagai presiden boleh ditafsir sebagai pendirian rasmi Gerakan.

    "Kita (PN) kena sedar isu ini bukan masalah kita (pembangkang), tapi masalah kerajaan.

    "Sepatutnya kerajaan selesaikan (kemelut itu) dan kita (PN) tegas dengan prinsip kita,” katanya.

    Menganggap pendirian Lau senada dengan DAP, laporan dipetik lidah rasmi PAS itu menambah, sebarang perkara yang memberi kesan negatif tidak wajar disokong oleh sesiapa tanpa mengira kaum atau agama.

    Kata Tuan Ibrahim, jika kenyataan Lau dan Gerakan itu bertujuan untuk meraih sokongan pengundi Cina kepada PN, ia bukanlah cara yang sepatutnya.

    “Sama ada Cina, Melayu dan lain-lain, nilai moral perlu diberi perhatian dan tidak mahu ada kaum tertentu tidak hiraukan nilai moral sebab kita semua rakyat Malaysia,” katanya.

    Semalam Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan bahawa hubungan parti itu dengan Gerakan dalam PN berdepan risiko putus jika parti terbabit terus memberikan pandangan tidak selari dengan mereka.

    MENARIK:  Malaysia mesti pimpin hentikan kerakusan Israel, kata Muhyiddin

    Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata pendirian tersebut sangat mengecewakan PAS.

    "Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh Gerakan, PRU ke-16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dalam satu ikatan politik," katanya.

    Namun Gerakan tidak berdiam diri terhadap PAS. Tidak lama selepas kenyataan itu dilaporkan, Gerakan berkata, mereka tidak teragak-agak untuk meninggalkan PN jika ia bertujuan untuk mereka mempertahankan sistem pendidikan Cina.

    Menurut timbalan presiden parti itu, Oh Tong Keong, Gerakan juga tidak mahu kekal dalam PN jika mereka terpaksa tunduk terhadap sebarang tuntutan konservatif, tidak munasabah dan melampau daripada "parti tertentu."

    Menurut Tuan Ibrahim, tidak wajar menormalisasikan sesuatu perkara negatif kepada pelajar, sama ada melalui syarikat bir atau rokok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah