24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gempa bumi lemah dikesan di Tawau

    Shopee Sale

    Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di sekitar Tawau pada 4.54 pagi ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km), iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.

    “Gegaran dirasai di sekitar Tawau,” menurut kenyataan itu.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata tiada kejadian tidak diingini berlaku akibat gempa bumi itu.

    Sementara itu di Tawau, seorang peniaga Anna Benjamin, 63, berkata gegaran dapat dirasai oleh dia sekeluarga yang berada di kawasan Tanjung Batu Laut, ketika waktu subuh tadi.

    MENARIK:  'Pakatan' Bagan Datuk membunuh demokrasi, kata PAS Perak

    "Tidak lama (bergegar) dalam lima saat begitu. Tiada apa-apa yang rosak bila saya dan keluarga periksa. Doakan kami semua di Tawau selamat," katanya.

    Pemilik kedai makan Asmah Anit, 48, berkata dia dapat merasakan gegaran itu kira-kira lima saat di rumahnya di Taman Ria Height.

    "Rumah saya atas bukit, ada rasa macam kena goncang jugalah pada subuh tadi. Anak saya pun ada rasa juga," katanya.

    Pekerja am Mohd Izhan Hassan, 32, berkata dia merasakan gegaran kira-kira dua hingga tiga saat ketika berada di kawasan Kolej Vokasional Tawau pada waktu sama.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah