Pelakon dan pengacara, Ain Edruce menzahirkan kebimbangannya terhadap penggunaan bahasa segelintir kanak-kanak yang disifatkan kurang sopan.
Artikel Berkaitan: ‘Terkejut Dengar, Budak Lelaki Cakap Kasar Dengan Soraya’ – Ain Edruce
Artikel Berkaitan: ‘Aku Bersyukur Lepas Kenal Suami, Dia Suruh Buat Macam-Macam Investment’ – Ain Edruce
Guna perkataan yang baik

Ketika ditemui , Ain atau nama lengkapnya Nurulain Edruce, 34, menyaksikan sendiri seorang kanak-kanak menggunakan perkataan yang kasar kepada anak perempuannya, Soraya semasa mereka sedang bermain di sebuah taman permainan tertutup.
Soraya lalu di bahagian bawah taman permainan tersebut, kemudian ada seorang budak lelaki berkata kepadanya, ‘benda ini kena lompat dari atas, tak ada otak ke?’
Saya terkejut, sebab dia masih budak kecil tapi sudah pandai guna perkataan-perkataan macam itu.
Menurut Ain, dia sama sekali tidak menyangka bahawa kanak-kanak tersebut menggunakan ayat sedemikian dalam pertuturan sehariannya.
Soraya pun mungkin tak faham apa yang dimaksudkan budak itu, malah dia hanya ketawa.
Tapi saya tidaklah menerangkan tentang ayat tersebut sebab ayat itu kasar dan risau dia terbiasa.
Cuma saya terkejut dengan percakapan kanak-kanak sekarang. Kita pun tak boleh nak salahkan dia, mungkin dia dengar dari sekelilingnya.
Ain berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Terhangat Melodi di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.
Tambah hos program Melodi itu, dia dan suami sentiasa mendedahkan Soraya dengan komunikasi yang positif.
Adakah anak saya perlu bersedia dengan perkara seperti ini sebelum masuk sekolah? Kerana pada saya kalau dia cakap ‘boring’ pun saya dah rasa itu perkataan yang kasar.
Dari Threads, saya melihat pengalaman sama yang dihadapi oleh ibu bapa di luar sana.
Jadi saya kena siapkan mental dan fizikal anak supaya dia tahu bagaimana untuk menghadapinya jika berlaku di sekolah.
Terdahulu, Ain berkongsi perkara tersebut di laman Threads dan mendapat pelbagai respon daripada warganet terutama ibu bapa yang gusar dengan adab anak-anak ketika ini.
The post ‘Saya Terkejut Budak Kecil Sudah Pandai Guna Perkataan Kasar’ – Ain Edruce first appeared on OHBULAN!.





