26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Garis panduan acara bukan Islam penting untuk keharmonian – Mufti T'ganu

    Shopee Sale

    Mufti Terengganu Mohamad Sabri Haron berkata garis panduan bagi umat Islam yang menghadiri acara bukan Islam bukan sahaja penting untuk menjaga seseorang Muslim tetapi perlu dalam memastikan keharmonian negara.

    Mohamad Sabri berkata garis panduan itu bertujuan bertujuan memupuk rasa hormat-menghormati antara semua pihak selain mengelakkan salah faham dalam isu berkaitan agama.

    "Pada asasnya garis panduan ini penting sebab ia bukan sahaja menjaga umat Islam tetapi juga melibatkan bukan Islam. Maknanya semua pihak akan lebih menjaga dan menghormati keperluan masing-masing.

    "Ia baik untuk menjaga keharmonian semua pihak bukan sahaja pada umat Islam tetapi bukan Islam supaya saling berhati-hati dan menjaga kehormatan masing-masing,” katanya dipetik Sinar Harian.

    Jumaat lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan kabinet bahawa garis panduan itu tidak diperlukan kerana umat Islam sudah memahami batasan agama mereka.

    Kenyataan Anwar itu dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang mengeluarkan kenyataan bersama bahawa sebarang keputusan dasar berhubung perkara itu memerlukan kelulusan Kabinet.

    MENARIK:  Tiga bulan bermadu, usahawan kosmetik dicerai ketika siaran langsung TikTok

    Isu ini mula dibangkitkan dalam sesi Dewan Rakyat pada 5 Februari lalu apabila Na’im menyatakan kerajaan merancang untuk melaksanakan garis panduan tersebut.

    Cadangan itu termasuk keperluan penganjur acara mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama sekiranya melibatkan kehadiran umat Islam serta memastikan acara tersebut tidak mengandungi unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam.

    Mengulas lanjut, Mohamad Sabri berkata perbincangan secara menyeluruh adalah penting bagi memastikan garis panduan tersebut dapat diterima semua pihak.

    Dia juga berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalam muzakarah pada bulan ini sebelum dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

    "Mengenai lokasi (muzakarah) difahamkan diadakan di Kuala Lumpur. Jadi bagi saya perkara itu (garis panduan) elok tetapi ia akan dibawa dalam muzakarah dan kita pun tidak pasti macam mana.

    "Kita akan tengok dahulu sebab ia melalui proses dan selepas dari muzakarah ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan, jadi kita tunggu resolusi dahulu,” jelasnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah