26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi sedia jadi perantara isu tunggakan gaji wartawan

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata dia sedia menjadi peranantara berhubung isu sekumpulan wartawan dua portal tempatan yang menuntut tunggakan gaji selama beberapa bulan daripada pihak majikan.

    Dia berkata demikian susulan kenyataan bersama Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geram) semalam yang menyatakan solidariti bersama kumpulan wartawan tersebut.

    "Saya mengikuti isu yang dibangkitkan oleh NUJ dan Geramm semalam mengenai organisasi media yang tidak melunaskan gaji. Saya difahamkan telah enam bulan berlalu, para wartawan masin belum mendapat pampasan atau gaji mereka.

    "Saya rasa ini tidak boleh diterima. Ini sangat tidak berpatutan. Kita nak bebaskan media. Tapi media itu bukan percuma. Organisasi itu perlu lunaskan tunggakan selama ini

    "Jadi, organisasi wajib melunaskan tunggakan bayaran gaji para pekerja. Saya sedia jadi peranantara," katanya.

    Mengulas lanjut, Fahmi berkata kerajaan sebelum ini memberi bantuan kepada kumpulan wartawan itu dari segi kebajikan.

    MENARIK:  PAS lebih berhemah berbanding Umno dalam soal kaum, kata Zaid

    Terdahulu dalam kenyataan semalam kedua-dua pertubuhan itu memaklumkan kegagalan membayar gaji serta lain-lain caruman yang menjadi tanggungjawab majikan merupakan kesalahan di bawah Akta Pekerja 1955.

    Katanya, ia juga jelas merupakan satu bentuk penindasan serta mencerminkan kelemahan pengurusan di pihak majikan.

    Sehubungan itu, NUJ dan Geramm menyeru pihak majikan segera melunaskan semua tunggakan seperti dijanjikan supaya para pekerja media terlibat dapat menentukan hala tuju masa hadapan masing-masing.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah