33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua stesen minyak tanpa subsidi untuk warga asing di K’tan

    Shopee Sale

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.

    Pengarahnya Azman Ismail berkata dua stesen itu adalah di Rantau Panjang dan di Jeli, di sini.

    Beliau berkata ketika ini, stesen di Rantau Panjang sedang dibina manakala stesen di Jeli dalam proses penukaran sistem iaitu daripada bersubsidi kepada tidak bersubsidi, selain menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

    “Sebenarnya di negara kita telah ada stesen minyak tidak bersubsidi iaitu di Padang Besar, Perlis. Di Kelantan setakat ini dua buah stesen telah diluluskan iaitu di pekan Rantau Panjang dan di Jeli yang kini dalam proses untuk kelulusan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Cawangan Keempat Kedai Raja Perfume di Bandar Baru Jelawat, di Bachok semalam.

    Mengulas lanjut, beliau berkata kewujudan dua stesen minyak tanpa subsidi itu diharap dapat mengatasi isu warga asing berebut mengisi minyak di mana-mana stesen di negeri ini, selain isu penyeludupan petrol atau diesel ke negara jiran.

    MENARIK:  ULASAN l Bila gaji naik tapi produktiviti tak naik, kos pula akan naik

    Sementara itu mengenai persiapan bazar Ramadan, Azman berkata KPDN Kelantan akan sentiasa memantau harga jualan oleh peniaga di setiap tapak jualan.

    “Selain itu, KPDN juga telah menyediakan tapak Bazar Ramadan Rahmah di Tunjong di sini, yang akan ada 80 menu Rahmah bakal dijual.

    “Selain menu biasa, kita juga telah menyediakan 80 peniaga yang bersedia menjual menu Rahmah dengan harga lebih rendah,” katanya.

    Menurutnya KPDN menyediakan wang perbelanjaan sebanyak RM20 untuk 1,000 pengunjung pertama setiap hari selama enam hari di bazar itu.

    “Wang berkenaan boleh dibelanjakan untuk pembelian di gerai-gerai yang menyediakan menu Rahmah,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah