34.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua maut dalam nahas MPV dengan lori buah

    Shopee Sale

    Pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori bermuatan buah di Kilometer 141.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru di Bukit Mertajam, malam tadi.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mereka ialah Mohamad Nizar Abdul Rahman, 32, serta Muhammad Fakhrur Razi Usri, 31.

    Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.22 malam.

    MENARIK:  Ketua warden persoal ibu Zara diam walau anak mengadu masalah di asrama

    “Kemalangan melibatkan MPV Toyota Estima dan lori membawa muatan buah, dengan dua mangsa MPV tersepit manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    John berkata mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pada 11.56 malam oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan menggunakan peralatan khas.

    Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah