29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua ekar hutan Bukit Broga terbakar

    Shopee Sale

    Kawasan hutan dianggarkan berkeluasan dua ekar (0.8 hektar) di Bukit Broga, Semenyih dekat Kuala Lumpur terbakar malam ini dan kerja memadam kebakaran kini sedang giat dijalankan.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata laporan kejadian diterima jam 7.39 malam tadi sebelum sebuah jentera bersama sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikerah ke lokasi kejadian.

    “Usaha mengawal kebakaran daripada merebak melibatkan kawasan hutan di puncak Bukit Borga sedang giat dijalankan. Punca kejadian belum dapat dipastikan buat masa ini dan tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    MENARIK:  Akmal bodohkan pemimpin DAP, bidas cadangan darurat untuk tangguh p'raya

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah