26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua beradik ditahan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan

    Shopee Sale

    Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang dua hari lalu.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua wanita berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara berasingan di Rompin.

    “Suspek pertama seorang penganggur berusia 24 tahun, ditahan di sebuah rumah kira-kira 9.50 pagi dan hasil pemeriksaan dalam bilik tidur suspek menjumpai satu plastik putih bertutup rapat tertera tulisan ‘Ubat Terkawal/Controlled Medicine’ dan ‘ADV’.

    MENARIK:  Polis siasat insiden tembakan di R&R, mayat ditinggalkan di hospital

    “Di dalamnya mengandungi tiga peket plastik lut sinar berisi pil disyaki ubat digunakan untuk memaksa kelahiran diletakkan di atas meja bilik suspek. Sementara kakaknya iaitu suspek kedua, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin kira-kira 3 petang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Dia berkata kedua-duanya direman hingga 13 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah