29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ditanya tentang pemilihan PKR, Anwar balas dengan lagu P Ramlee

    Shopee Sale

    Berdepan dengan soalan berkenaan pengundian PKR, presidennya Anwar Ibrahim memilih untuk menjawabnya dengan menyanyikan lagu klasik, Tunggu Sekejap dendangan P Ramlee.

    Diminta mengulas berhubung kekalahan beberapa nama besar baru-baru ini, perdana menteri memetik sebaris lirik lagu tersebut: “Tunggu sekejap, jangan dikenang orang jauh, tunggu sekejap…

    Menurut Berita Harian, detik itu berlaku ketika Anwar ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Putrajaya hari ini.

    Sementara itu, Bernama kemudian melaporkan Anwar berkata kabinet tidak akan dirombak susulan pengundian tersebut.

    Menurutnya, ia adalah urusan dalaman parti dan tiada kaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan.

    “Ini (isu) pimpinan parti, ia berjalan dengan baik. Kalau ada masalah atau kekeliruan, ia boleh dibangkitkan dalam pengundian parti.

    “Pilihan parti berjalan dengan baik, mesyuarat khas pun akan diadakan Rabu ini, tapi ini persoalan parti. Tak timbul soal kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan – semuanya berjalan seperti biasa dan baik,” katanya seperti dipetik.

    Katanya, keputusan berhubung kedudukan dalam kabinet dibuat berdasarkan prestasi setiap anggota pentadbiran.

    “Saya lihat dari segi prestasi masing-masing dan bukan dari segi percaturan politik,” katanya lagi.

    Nik Nazmi Nik Ahmad

    Antara pemimpin PKR yang tewas dalam pengundian peringkat cabang baru-baru ini adalah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

    MENARIK:  Sultan Kelantan titah segera muktamad cadangan bina tembok di Sg Golok

    Beberapa calon telah membuat aduan dan ada pihak yang mempersoalkan sistem undian dan mendakwa ada “tangan ghaib” yang mempengaruhi keputusan pengundian. Malah dakwaan politik wang turut ada dibangkitkan.

    Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Dr Zaliha Mustafa menolak dakwaan itu dan tegas menafikan wujud sebarang campur tangan dalam proses pengundian peringkat cabang.

    Hari ini, tokoh veteran PKR Hassan Abdul Karim meyifatkan ada pemimpin yang memang patut kalah atas keangkuhan mereka.

    Dia mendakwa keputusan pengundian menunjukkan ahli akar umbi PKR menolak “politik kartel dan politik elit” dalam parti, terutama mereka yang bergerak dengan slogan Ayuh Malaysia yang dipimpin timbalan presiden Rafizi Ramli.

    Selain Nik Nazmi yang tewas bagi jawatan ketua cabang Titiwangsa, nama-nama lain yang dilihat sebagai sekutu Rafizi dan tewas kali ini termasuk Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Nasir (Johor Bahru), Ahli Parlimen Rodziah Ismail (Shah Alam), Adun Rawang Chua Wei Kiat (Selayang) dan menteri Sabah Christina Liew (Kota Kinabalu).

     

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah