30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan Empangan Pergau, Kelantan lepaskan air tidak benar – TNB

    Shopee Sale

    Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.

    TNB dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan air di empangan berkenaan berada pada paras normal dan terkawal.

    “TNB ingin memaklumkan bahawa mesej tular yang kononnya Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air adalah tidak benar.

    “Pengurusan Stesen juga telah memaklumkan status terkini empangan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan Jawatankuasa Bencana Daerah Jeli,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Tiada lanjutan masa pekerja asing masuk lepas 31 Mei lalu - Saifuddin

    Justeru, TNB meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

    Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi TNB menerusi laman Facebook TNB CareLine atau X @Tenaga Nasional.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah