30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cubaan bunuh suami: Suri rumah, rakan lelaki didakwa

    Shopee Sale

    Seorang suri rumah dan penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh suami wanita terbabit pada akhir Disember lepas.

    N. Egavalli, 46, dan rakan lelakinya R. Kamala Sarna, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.

    Mereka didakwa bersama-sama melakukan cubaan membunuh terhadap G. Kumaresan, 48, (suami tertuduh wanita), dengan cara menutup muka mangsa menggunakan sebiji bantal yang boleh menyebabkan kematian di Taman Ehsan, Johor Bahru, kira-kira 9.30 malam, 22 Dis lepas.

    MENARIK:  Victor Chin mohon perbicaraan melalui video, bimbang keselamatan

    Pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Nevina, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Bharathi.

    Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 setiap seorang dengan syarat dua penjamin warganegara bagi setiap tertuduh, menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis berdekatan dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

    Mahkamah menetapkan 3 Feb depan untuk sebutan semula kes.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah