25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cuaca panas: APM tangkap lebih 1,000 ekor ular di Kelantan

    Shopee Sale

    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap sebanyak 1,073 ekor pelbagai spesies ular di seluruh negeri ini pada Februari lepas.

    Pengarahnya Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata faktor cuaca panas dan kering menyebabkan reptilia berbisa itu keluar daripada habitat asal dan bersembunyi di kawasan sejuk seperti di bawah batu bata, semak dan sekitar rumah.

    “Pada Januari lepas APM menangkap sebanyak 991 ekor ular manakala pada Mac sebanyak 934 ekor.

    “Antaranya spesies yang ditangkap adalah ular sawa, ular tedung selar dan ular senduk,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Kelab Kebajikan dan Sukan Anggota Sukarela Kota Bharu bersama anak-anak yatim Darul Kautsar dan Pekayatim di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Bharu, di Kota Bharu, semalam.

    MENARIK:  Kematian kucing: Universiti jalankan operasi tangani anjing liar

    Mohd Adzhar berkata kesemua haiwan itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk dilepaskan semula ke habitatnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah