27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Contohi Pak Lah: Dia tak ada masalah letak jawatan, kata Mahathir

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memberi penghormatan kepada penggantinya, Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

    Bercakap kepada pemberita di Masjid Negara, Mahathir mengimbau bahawa dia pertama kali bertemu Abdullah pada 1968 di sebuah pasar raya.

    Bagaimanapun, perkara yang paling diingatinya hari ini ialah keputusan Abdullah berundur sebagai perdana menteri pada 2009.

    Mahathir berkata pada 2004, Abdullah mencatatkan kejayaan bersejarah apabila memenangi 90 peratus saripada kerusi Parlimen semasa pilihan raya umum tahun itu.

    “Selepas itu dia mentadbir dan hadapi banyak masalah, sebab masalah-masalah ini prestasi dalam pilihnaraya 2008 tidak begitu itu baik.

    “Dan dia tidak teragak-agak, apabila kejayaan yang kurang (memuaskan), ramai yang tuntut dia untuk letak jawatan, dia tak ada masalah dia letak jawatan.

    “Inilah cara di Malaysia, apabila kita bersara kita pergi dengan mudah tanpa masalah dan kita serah kepada pengganti kita.

    MENARIK:  Luruan monsun dijangka berlaku 25 hingga 29 Dis ini - MetMalaysia

    “Kalau amalan ini diteruskan Malaysia, jadi negara aman. Ini contoh Abdullah Badawi,” katanya kepada pemberita.

    Hubungan Mahathir dengan Abdullah renggang sekitar 2006 selepas pembatalan projek jambatan 'bengkok' ke Singapura.

    Keadaan bertambah buruk, apabila selepas pilihan raya umum 2008, Mahathir menjadi antara pengkritik Abdullah yang paling lantang menggesa dia meletakkan jawatan.

    Ia sampai ke tahap Mahathir bertindak ‘keluar’ Umno pada Mei 2008 untuk membantah keengganan Abdullah ketika itu untuk berundur.

    Abdullah akhirnya mengalah dan melepaskan jawatannya pada April 2009.

    Dia, yang lebih mesra dengan panggilan 'Pak Lah' meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam semalam di usia 85 tahun.

    Allahyarham akan dikebumikan mengikut ‘Istiadat Pengebumian Negara’ di Masjid Negara hari ini. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah