28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cklamovski puji komitmen, disiplin Harimau Malaya

    Shopee Sale

    Komitmen ditunjukkan setiap pemain menjadi kunci kejayaan skuad Harimau Malaya menundukkan Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

    Pengendali pasukan kebangsaan Peter Cklamovski berkata kemenangan itu juga membuktikan keberkesanan latihan yang dilalui anak buahnya dalam tempoh singkat apabila mereka mempamerkan persembahan cukup membanggakan.

    “Pada separuh masa pertama, kita telah mencipta peluang terbaik manakala pada babak kedua pemain menunjukkan disiplin tinggi.

    “Saya puji komitmen mereka dan mereka layak menang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

    Bagaimanapun, dia berharap anak buahnya tidak terlalui dibuai kejayaan dan perlu kekal fokus pada saingan Piala Asia kerana masih ada ruang untuk penambahbaikan menjelang perlawanan seterusnya.

    MENARIK:  Sabitan 1MDB: Harapan Najib bebas awal 'berkecai'

    Sementara itu, jurulatih Vietnam Kim Sang Sik mengakui kehebat Harimau Malaya kali ini namun yakin masih ada peluang untuk pasukan Naga Emas itu membalas dendam pada aksi timbal balik nanti.

    "Malaysia semakin hebat pada perlawanan malam ini. Kami memang jangkakan prestasi mereka lebih baik daripada sebelumnya.

    “Pada babak pertama, kami ada buat peranancangan tapi kami hilang dua tunggak pertahanan pada separuh masa kedua yang memberi kesan di benteng depan,” katanya.

    Pada aksi di hadapan lebih 60,000 penonton malam tadi Malaysia menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam dengan meledak empat gol hasil jaringan Joao Figueiredo pada minit ke-49, Rodrigo Holgado (‘59), Corbin Ong (‘67) dan Dion Cools (‘89).

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah