27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    China setuju bincang dengan AS tentang ‘perang tarif’

    Shopee Sale

    Naib Perdana Menteri China He Lifeng sebagai ketua perwakilan pihak China dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dalam rangka lawatannya ke Switzerland dari 9 hingga 12 Mei ini.

    Demikian menurut jurucakap Kementerian Perdagangan China pada hari ini, susulan pengumuman terbabit yang dikeluarkan Kementerian Luar.

    "Baru-baru ini, pucuk pimpinan AS bertalu-talu memberi isyarat tentang pihaknya mahu mengubahsuai langkah tarif serta menyampaikan mesej kepada China melalui pelbagai saluran dengan harapan untuk mengadakan perbincangan dengan China mengenai isu-isu yang meliputi tarif.

    "Setelah mengadakan penilaian dengan teliti terhadap mesej daripada pihak AS, membuat pertimbangan penuh terhadap harapan masyarakat antarabangsa dan kepentingan China, serta suara dari sektor korporat dan kalangan pengguna AS, China setuju dan memutuskan untuk memulakan komunikasi dengan pihak AS," kata jurucakap itu.

    MENARIK:  Biden hampir tidak mampu bercakap sebelum debat dengan Trump

    "China konsisten dalam melindungi kepentingan pembangunan negara sendiri, menegakkan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa serta memelihara orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa, baik ketika menghadapi 'peranang tarif' mahupun berada dalam rundingan.

    Pihak China akan melawan pihak yang memprovokasi habis-habisan, dan juga bersikap terbuka kepada kemungkinan untuk berunding. Sebarang dialog dan rundingan mesti dijalankan atas prasyarat saling menghormati, sama rata dan bagi tujuan sama-sama menang," tambah beliau.

    Mustahil bagi China untuk mengorbankan prinsip asas, keadilan dan kesaksamaan antarabangsan untuk mencapai apa-apa pun perjanjian dengan AS, dan juga bersedia menghadapi kemungkinan sekiranya AS bercakap kosong atau menggunakan rundingan sebagai alat untuk mendapatkan kehendaknya secara unilateral.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah