25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Chang umum pertahan jawatan naib presiden PKR

    Shopee Sale

    Seorang lagi penyandang jawatan naib presiden PKR Chang Lih Kang menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan itu pada pengundian parti yang dijadual diadakan pada Mei ini.

    Justeru Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata dia memohon sokongan seluruh anggota, terutamanya di peringkat akar umbi, untuk bersama-sama mengukuhkan PKR demi masa depan Malaysia yang lebih baik. 

    “Saya sendiri telah melalui jatuh bangun parti ini. Kita pernah berada di titik yang terendah. Kita pernah dikhianati. Namun saya tetap setia bersama parti kerana saya yakin – PKR adalah parti masa depan. 

    “Dengan rendah hati saya, Chang Lih Kang menawarkan diri untuk terus berkhidmat dan mempertahankan jawatan naib presiden dalam pengundian parti kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Selain Chang, tiga lagi penyandang naib presiden turut mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu. Mereka adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, and Nurul Izzah Anwar.

    MENARIK:  Kecoh lelongan arak: Tiada pelajar, guru terlibat - Adun Pekan Nanas

    Dua lagi penyandang, iaitu Timbalan Menteri Perpaduan K Saraswathy dan bekas ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari belum membuat sebarang makluman.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pula mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan itu.

    Mengulas lanjut, Chang berkata perjuangan teformasi bukanlah mudah, dengan bermula di jalanan besertakan tekad ke arah sistem yang lebih adil dan telus. 

    “Kita yakinkan rakyat bahawa PKR mampu memimpin negara, bukan sahaja dengan semangat, tetapi dengan prinsip dan keberanian moral.

    “...Kita perlukan pemimpin yang bukan sekadar menumpang kejayaan, tetapi yang telah membuktikan komitmen sejak awal terhadap perjuangan reformasi,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah