26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, November 8, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beri contoh anime, Wan Fayhsal terus persoal larangan masuk Dewan Rakyat

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal terus mempersoalkan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk melarangnya duduk di galeri awam di Dewan Rakyat.

    Bercakap dengan pemberita, Wan Ahmad Fayhsal yang kini digantung membangkitkan kenyataan Johari pagi ini, yang dia tidak boleh berada di Dewan Rakyat kerana ia akan “menimbulkan banyak masalah”.

    “Saya tidak faham pandangan dan hujah yang dipertua ini. Masalah apa sebenarnya yang dia bimbang dengan kehadiran saya dalam Dewan Rakyat, hanya sebagai pemerhati yang tak boleh berkata walau sepatah perkataan pun?

    “Adakah (saya) menimbulkan masalah kepada sidang atau kepada dia sendiri?”soal Wan Fayhsal.

    Mempersoalkan sebab yang dinyatakan Johari, pemimpin Bersatu itu malah membangkitkan siri anime popular, Bleach dalam hujahnya.

    “Di mana revelannya hujah (Johari) ini. Saya ini bawa penyakit kepada wakil-wakil rakyat yang bersidang? (Saya) mengganggu sidang?

    “Atau saya ada sesuatu seperti ‘reiatsu’ atau ‘tekanan spiritual’ macam dalam Bleach?

    “(Watak utama, Kurosaki) Ichigo lawan Kenpachi - orang yang ditenung rasa bergegar, ketar lutut tak boleh buat apa-apa. Adakah saya kenakan ‘tekanan spiritual” seperti dalam anime itu kepada Johari?” soalnya lagi.

    Johari Abdul

    Terdahulu hari ini, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan bangun mempersoalkan respons Johari kepada Wan Fayhsal melalui surat bertarikh 15 Oktober lalu, di mana dia menjelaskan keputusannya berhubung penggantungannya selama enam bulan.

    MENARIK:  Bekas hakim Mahkamah Rayuan dilantik pengerusi Suhakam

    “Dia boleh ikuti dari luar tapi tidak boleh masuk dalam Chamber kerana ini akan menimbulkan banyak masalah. "Jadi, saya buat keputusan tidak boleh (berada) dalam Chamber (Dewan Rakyat)," katanya.

    Mengulas lanjut, Wan Fayhsal berkata dia memberi “ancaman: lebih besar dengan mengadakan sidang akhbar di Parlimen, berbanding berada di dalam dewan untuk mengikuti sidang tanpa bercakap apa-apa.

    Dia juga membangkitkan penggantungan Lim Kit Siang selama enam bulan sebagai ahli Parlimen Gelang Patah, di mana tokoh veteran DAP itu masih dibenarkan berada di galeri awam.

    “Saya nampak hujah diberikan Johari bersifat regresif, jauh sekali reformis. Dia tidak menghuraikan dengan teliti masalah yang saya boleh timbulkan jika ada di dewan.

    “Jadi saya tak faham logik dan justifikasi (saya akan timbulkan) banyak masalah,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah