25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bendera terbalik: Pemuda DAP selar ‘pakar panaskan isu’ 

    Shopee Sale

    Pemuda DAP (Dapsy) menyelar “pakar memanaskan isu” dalam kontroversi melibatkan pemasangan bendera Malaysia.

    Ketuanya Woo Kah Leong mendakwa golongan itu tidak pernah membuat desakan sama ketika timbul isu serupa melibatkan pihak seperti Kementerian Pendidikan dan PAS Terengganu sebelum ini.

    “Sebagai ahli politik, jangan hipokrit dan mempunyai piawaian yang berlainan dalam isu yang sama. 

    “Berlagak sebagai jaguh kampung tidak akan memenangkan parti dan memperbanyak undi, sebaliknya hanya semakin menonjolkan kebebalan,” katanya tanpa menamakan sesiapa secara khusus.

    SJKC Chung Hua Port Dickson

    Kelmarin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik Jumaat lalu.

    Dalam kenyataan bersama Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran sekolah, mereka menyifatkan insiden itu sebagai kecuaian yang tidak disengajakan.

    MENARIK:  Kibar bendera Israel: 8 individu selesai beri keterangan

    Terdapat laporan media menyebut bendera itu dipasang oleh seorang pekerja berstatus orang kurang upaya (OKU) intelektual.

    Dalam kenyataan hari ini, dia menegaskan bahawa tiada pihak mempersoal Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan Malaysia.

    Dalam kes terbaru, katanya, sekolah itu sudah pun memohon maaf secara terbuka seperti pihak lain dilanda kontroversi sama sebelum ini.

    “Mempolitikkan isu bendera terbalik tidak akan membawa Malaysia ke hadapan.

    “Sama-sama pastikanlah yang membuat kesilapan menerima teguran dan tidak mengulangi kesilapan yang sama demi membina jambatan perpaduan, bukannya jerit sini sana,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah