23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bendera Perlis dikibar separuh tiang, hormati pemergian Pak Lah

    Shopee Sale

    Bendera negeri Perlis dikibarkan separuh tiang sepanjang hari ini sebagai tanda penghormatan atas pemergian bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah menitahkan agar bendera negeri itu dikibarkan separuh tiang di semua premis kerajaan, termasuk kediaman rasmi dan kuarters kerajaan.

    “Kerajaan negeri Perlis dan seluruh rakyat menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Kelima.

    “Sehubungan itu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin menitahkan agar Bendera negeri Perlis dikibarkan separuh tiang sepanjang hari ini sebagai tanda berkabung,” katanya dalam satu hebahan rasmi kepada semua ketua jabatan negeri, persekutuan serta agensi berkaitan, hari ini.

    MENARIK:  Kanak-kanak maut jatuh kondo: Polis rakam keterangan ibu bapa esok

    Menurut Mohd Shukri, semua jabatan dan agensi diminta melaksanakan titah itu dengan penuh tertib dan hormat.

    Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Perlis di Kangar, beliau menyifatkan pemergian Tun Abdullah sebagai satu kehilangan besar buat negara.

    “Negara kehilangan seorang pemimpin yang bersifat sederhana, rendah diri dalam setiap tindakan serta sentiasa disenangi rakyat. Pemergian beliau amat dirasai seluruh rakyat Malaysia, termasuk rakyat Perlis,” katanya.

    Allahyarham Tun Abdullah, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 2003 hingga 2009, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam tadi, pada usia 85 tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah