25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekalan ubat, peranti perubatan terjejas, k’jaan akan wujud stok penimbal

    Shopee Sale

    Kerajaan akan mewujudkan stok penimbal strategik nasional bagi memastikan keterjaminan ubat dan perananti perubatan negara susulan Krisis Tenaga Global akibat konflik Asia Barat.

    Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ia merupakan antara langkah mampan untuk jangka masa sederhana dan panjang selain beralih daripada penggunaan bahan mentah resin kepada polimer bagi sesetengah produk.

    Beliau berkata langkah lain termasuk membangunkan dasar keterjaminan ubat negara melalui MyMedSecure serta memperkasa industri ubat dan perananti perubatan tempatan.

    "Krisis Tenaga Global bukan hanya menjejaskan minyak dan logistik, tetapi juga bekalan ubat dan perananti perubatan.

    "Gangguan rantaian bekalan global boleh menyebabkan kekurangan bahan mentah penting seperti API, petroleum dan gas etilena oksida, sekali gus menaikkan kos pengilangan dan penghantaran," katanya pada taklimat krisis tenaga global yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan hari ini.

    MENARIK:  Anwar: Saya tak susah hati, mereka yang bertarung ini pejuang asal PKR

    Akmal Nasrullah berkata kerajaan juga akan melaksanakan Laluan Akses Khas sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan ubat-ubatan dan perananti perubatan kritikal di negara ini sentiasa terjamin.

    Selain itu, katanya, kerajaan akan turut memantau stok ubat secara berpusat, mempelbagaikan sumber import, mengaktifkan pelan gerak balas kecemasan serta menetapkan item tertentu sebagai item kawalan.

    Beliau berkata semua perkara berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan hari ini.

    “Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, kerajaan akan terus bertindak secara teratur dan menyeluruh untuk memastikan rakyat terus dilindungi, bekalan strategik negara terus terjamin dan ekonomi Malaysia terus berdaya tahan.

    "Fokus kita ialah mengurus kesannya, mengurangkan risikonya dan memastikan rakyat dapat melalui tempoh mencabar ini dengan sebaik mungkin," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah