31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bayi empat bulan maut, polis tahan dua pekerja pusat jagaan

    Shopee Sale

    Polis menahan dua wanita yang bekerja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dipercayai menjadi mangsa penderaan hari ini.

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata kedua-dua wanita berusia lingkungan 20-an ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan mayat bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berkenaan untuk dibezah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

    "Dua suspek wanita itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    MENARIK:  80 rumah atas air di Tawau musnah dijilat api

    Terdahulu, media melaporkan mangsa Hayl Haarith Mohd Syafaeez dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 4 pagi selepas dihantar ke pusat jagaan berkenaan pada malam sebelumnya kerana ibunya seorang jururawat berusia 30 tahun, bertugas syif malam.

    Difahamkan doktor melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama kira-kira sejam, namun mangsa disahkan meninggal dunia.

    Pusat jagaan berkenaan beroperasi 24 jam sehari, dipantau penyelia dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah