26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa menyesal hantar anak jalani latihan TLDM

    Shopee Sale

    Bapa kepada mendiang pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) J Soosaimanicckam melahirkan rasa kesal dengan keputusan menghantar anaknya menjalani latihan Tentera Laut Diraja Malaysia.

    Joseph Sinappan berkata anaknya berada dalam keadaan sempurna ketika dia melalui pelbagai ujian fizikal sebelum menyertai latihan itu.

    "Saya kesal menghantarnya menyertai tentera laut. Disebabkan kecuaian dan kelalaian mereka, anak saya meninggal dunia," katanya kepada pemberita di hadapan ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya selepas membuat laporan polis berikutan keputusan mahkamah tiga hari lalu.

    Mahkamah Tinggi Ipoh telah memutuskan kematian J Soosaimanicckam ketika menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut, enam tahun lalu sebagai kes homisid.

    Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata pegawai TLDM yang bertanggungjawab terhadap latihan kadet berusi 27 tahun itu telah menafikan si mati daripada mendapatkan rawatan perubatan sehingga menjurus kepada punca kematian.

    MENARIK:  NFA kematian Teoh: Keluarga pertimbang gugat keputusan AG di mahkamah

    Peguam keluarga itu, N Surendran berkata kerajaan berdiam diri dengan berhubung keputusan penting itu.

    "Adakah anda bermaksud untuk mengatakan bahawa hakim Mahkamah Tinggi di negara ini boleh menyampaikan keputusan (kes) homisid yang serius atas kematian kadet tentera laut semasa latihan dan tidak ada sesiapa pun yang berkuasa mengatakan apa-apa," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah