24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bantah ART: PAS pertimbang demo Turun Anwar 2.0, semakan kehakiman

    Shopee Sale

    PAS tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang, termasuk memfailkan semakan kehakiman, atau menganjurkan semula demo “Turun Anwar 2.0” sebagai reaksi terhadap perjanjian dagangan timbal balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

    Menurut Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, parti itu juga sedang mempertimbangkan untuk menganjurkan forum melibatkan golongan profesional dan akademik bagi menjelaskan implikasi menyeluruh daripada perjanjian berkenaan.

    Ahmad Fadhli Shaari

    “ART kini mendapat tentangan meluas daripada pelbagai pihak, termasuk cendekiawan, ahli akademik dan pakar undang-undang.

    “PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kekal peka dan bersama mempertahankan maruah serta kedaulatan negara daripada sebarang bentuk penjajahan ekonomi baharu yang terselindung di sebalik nama ‘perdagangan dan digitalisasi’,” katanya dalam satu kenyataan.

    MENARIK:  'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara, bukan buku agama - Kamarul

    Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggunakan perumpamaan ular untuk menggambarkan kerjasama Malaysia dengan Amerika Syarikat — menyamakan hubungan itu seperti “ular lidi” dengan “anaconda.”

    Menurut ahli Parlimen Marang itu, anaconda menelan haiwan lain seperti babi hutan, rusa, tenuk, harimau, lembu, kerbau dan kambing, malah mangsa yang lebih besar setelah ia dilemah dan dipatah-patahkan.

    Abdul Hadi Awang

    Sebaliknya, katanya, ular lidi hanya mampu menelan mangsa kecil seperti cengkerik, lipas, belalang, katak, tikus, dan lain-lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah