25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bank Rakyat perkukuh keselamatan siber lepas didenda RM1 juta

    Shopee Sale

    Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan.

    Semalam, Bank Negara Malaysia mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Rakyat susulan pelanggaran melibatkan keselamatan siber dan perlindungan maklumat pelanggan pada 20 Januari 2026.

    Bagaimanapun, Bank Rakyat mengesahkan bahawa perkara itu sudah ditangani dan tindakan pemulihan sewajarnya telah dilaksanakan berikutan notis awam mengenai AMP yang melibatkan insiden keselamatan siber pada 2024.

    MENARIK:  Nik Nazmi cadang KPT ambil alih STPM, matrikulasi

    “Usaha ini merangkumi pengukuhan dalam keupayaan pemantauan, pengesanan ancaman dan pengawasan tadbir urus, selaras dengan jangkaan tadbir urus dan amalan industri,” kata bank itu dalam satu kenyataan.

    Pada masa sama, Bank Rakyat turut menekankan bahawa ia kekal komited untuk memastikan persekitaran perbankan yang selamat dan boleh dipercayai bagi semua pelanggannya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah