27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir di Terengganu makin buruk

    Shopee Sale

    Situasi banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah meningkat kepada 2,765 orang setakat 8 pagi ini berbanding 212 orang, malam tadi.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 603 keluarga itu ditempatkan di 14 PPS.

    Daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 2,584 orang daripada 554 keluarga berlindung di lima PPS manakala di Hulu Terengganu sebanyak 94 orang daripada 25 keluarga berada di enam PPS.

    Sebanyak 69 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di satu PPS di Setiu, 13 orang daripada empat keluarga dipindahkan ke satu PPS di Marang.

    Dungun yang menjadi daerah terbaharu dilanda banjir, merekodkan lima mangsa daripada satu keluarga yang dipindahkan ke satu PPS.

    MENARIK:  Kesilapan Razman kes terpencil, tak mewakili PAS - Takiyuddin

    Sementara itu, laman web rasmi memaklumkan paras air di Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman, merekodkan 2.26 meter melepasi paras amaran 1.9 meter. 

    Empat lagi sungai iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman; Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang; Sungai Nerus di Kampung Bukit Setiu, Setiu; dan Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1), Kuala Terengganu berada pada tahap waspada.

    Pada 14 Nov lepas, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir yang dijangka berlaku di pesisiran pantai Kelantan, Pahang dan Johor (Timur) serta keseluruhan Terengganu bermula Isnin hingga esok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah