29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kita masih PN’: Adun Bersatu di negeri PAS tak diarah letak jawatan

    Shopee Sale

    Bersatu dijangka tidak akan mengarahkan wakil rakyatnya meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri ditadbir PAS walaupun selepas kerjasama politik kedua-dua parti itu terhenti.

    Sumber dalaman Bersatu yang enggan dinamakan berkata, ini kerana kerajaan negeri yang dipimpin PAS dibentuk dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas pilihan raya lalu.

    Justeru menurutnya, tiada keperluan untuk Adun yang masih setia dengan Bersatu untuk meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri.

    “Rasanya tak perlu (letak jawatan). Kerajaan negeri itu kerajaan PN, kita masih PN,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui pesanan WhatsApp, hari ini.

    Terdahulu, susulan keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu, timbul tanda tanya sama ada parti itu akan mengarahkan supaya Adun mereka menarik diri daripada sebarang jawatan dalam kerajaan negeri ditadbir PAS atau sebaliknya.

    Antaranya adalah mereka yang memegang jawatan exco kerajaan negeri ditadbir PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

    Semalam Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan exconya daripada Bersatu akan dikekalkan selagi mereka menyokong kerajaan negeri.

    MENARIK:  Imigresen: Kesesakan zon motosikal di ICQ akibat gangguan sistem M-Bike

    Sementara itu, ditanya sama ada keputusan itu bercanggah dengan pendirian terkini parti, Sanusi berpandangan sebaliknya.

    “Tak apa. Keputusan kita (PAS) tak ganggu kerajaan-kerajaan negeri selama terus menyokong boleh saja kekal (dalam kerajaan),” katanya.

    Di Kedah, Bersatu mempunyai dua exco iaitu Adun Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad (gambar kiri) dan Adun Kubang Rotan, Mohd Salleh Saidin (gambar kanan).

    Sebelum ini Sanusi juga mengekalkan Adun Suka Menanti Dzowahir Ab Ghani (pertanian, perladangan dan pengangkutan) walaupun telah dipecat daripada Bersatu kerana hadir dalam acara bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin.

    Dalam perkembangan itu Halimaton ketika dihubungi memberitahu dia dimaklumkan pucuk pimpinan Bersatu bahawa mereka masih dalam gabungan PN.

    “Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Sanusi kerana mengekalkan kami sebagai exco dalam kerajaan negeri.

    “Daripada pihak atasan Bersatu pula, dimaklumkan kita masih (dalam) PN,” katanya.

    Mohd Salleh pula enggan mengulas perkara itu kerana dia masih berada di Mekah atas urusan mengerjakan ibadah haji.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah