32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AS setuju pertimbang pengecualian tarif beberapa produk

    Shopee Sale

    AS bersetuju untuk mempertimbangkan pengecualian tarif – iaitu tarif berkadar sifar – ke atas beberapa produk komoditi Malaysia termasuk minyak sawit dan koko seperti dicadangkan

    Dijangka dimuktamadkan pada Okt ini, ketua perunding Malaysia, Mastura Ahmad Mustafa, berkata Washington juga akan mempertimbangkan tarif berkadar sifar bagi perabot, bahagian dan komponen automotif serta bahagian dan komponen aeroangkasa.

    Katanya perkara itu dimaklumkan oleh pihak AS dalam beberapa rundingan sebelum ini.

    “Seperti yang dimaklumkan, kita sekarang dalam proses memperincikan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas, jadi bermula semalam kita mengaturkan beberapa sesi secara maya dengan AS untuk menyelesaikan perjanjian tersebut.

    MENARIK:  PGA rampas beras, lembu dalam dua serbuan di sempadan

    “Dalam rundingan ini, pihak AS ada menyatakan pertimbangan boleh diberikan kepada beberapa barangan yang pada pandangan mereka produk yang memang tidak boleh dikeluarkan di AS.

    “Bagi produk tersebut mereka akan mempertimbangkan sama ada mengenakan pengecualian iaitu sifar tarif daripada unilateral tarif ini,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di Kuala Lumpur hari ini.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah