33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Apa kerajaan buat untuk turunkan inflasi harga makanan, soal Hamzah

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan hari ini bersama-sama menggesa kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup, khususnya inflasi harga makanan yang semakin meningkat.

    Ketua pembangkang Hamzah Zainudin (PN-Larut) pada mulanya mempersoalkan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying mengenai peranancangan kerajaan dalam menangani inflasi harga makanan, dengan membangkitkan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang turut melibatkan barangan makanan.

    “Apakah rancangan sebenar kerajaan untuk menurunkan inflasi harga makanan? Dengan strategi untuk naikkan kadar SST, bagaimana ia boleh dilakukan?

    “Tak perlu cerita pasal jualan Rahmah kalau harga barang tetap naik,” sindir Timbalan Presiden Bersatu itu, merujuk kepada inisiatif Rahmah kerajaan yang bertujuan menawarkan barangan keperluan asas di bawah harga pasaran.

    Kata Hamzah, rakyat semakin terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, dan memaklumkan bahawa Selangor mencatatkan peningkatan inflasi harga makanan sebanyak 3.1 peratus, manakala Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 2.9 dan 3.3 peratus.

    Lim kemudian memberitahu Dewan Rakyat kadar inflasi keseluruhan negara setakat Jun adalah 1.1 peratus, manakala inflasi harga makanan berada pada kadar 2.1 peratus.

    Lim Hui Ying

    Lim mengakui ada kawasan tertentu yang mencatatkan kadar inflasi makanan lebih tinggi, namun data yang diperoleh Kementerian Kewangan adalah berdasarkan kadar inflasi menyeluruh bagi seluruh negara.

    MENARIK:  Tan-Thinaah tewas tipis di tangan beregu nombor 1 dunia

    Mengakui bahawa kerajaan sedar harga makanan dan kos sara hidup dijangka meningkat susulan peluasan SST, dia menegaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan terus memantau harga barangan.

    Perlu penjelasan

    Namun, Hassan Karim (PH–Pasir Gudang) tidak berpuas hati dengan jawapan itu, dan menggesa Lim agar menghormati soalan Hamzah kerana ia menyentuh isu penting, terutama di tengah rancangan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Hassan Karim

    “Jawapan (Lim) bagus, tapi bolehkah kerajaan, dalam keadaan sekarang ini, berikan penjelasan yang jelas kepada rakyat sebelum mereka turun ke jalan raya?” katanya.

    Lim kemudian secara berseloroh berkata dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu, dan membangkitkan pengumuman khas oleh Anwar hari ini berkaitan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat.

    Himpunan Turun Anwar yang dijangka diadakan bermula pada jam dua petang Sabtu ini merupakan kemuncak kepada siri himpunan kecil yang telah diadakan di beberapa lokasi sebelum ini.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah