25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar, jangan tunduk kepada tuntutan sektarian – Kadir

    Shopee Sale

    Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin mengkritik cadangan kerajaan untuk memperkenalkan garis panduan baharu mengenai kehadiran umat Islam dalam acara dan perayaan bukan Islam.

    Sambil menyifatkan cadangan itu sebagai satu bentuk kawalan yang tidak perlu, katanya ia juga boleh menjejaskan keharmonian antara agama di Malaysia.

    “Ini adalah isu akidah yang penting kepada umat Islam tetapi pada masa yang sama ia juga mencampuri kebebasan agama lain.

    “Malah ini menunjukkan seolah-olah umat Islam di Malaysia perlu dilindungi secara berlebihan dalam urusan akidah mereka.

    “Bukankah lebih baik jika cadangan ini dimuktamadkan terlebih dahulu oleh Kabinet sebelum dibawa ke Parlimen?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Kadir juga mempersoalkan jika ada cadangan tersebut telah dirujuk kepada Majlis Raja-Raja sebelum diumumkan, memandangkan sebarang arahan berkaitan Islam di Malaysia seharusnya mendapat pertimbangan daripada Raja-raja Melayu.

    Mohd Na'im Mokhtar

    Rabu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar dalam jawapan bertulisnya mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan garis panduan baru bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam.

    Garis panduan tersebut, katanya termasuk syarat mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama jika acara itu melibatkan umat Islam, serta memastikan acara tersebut tidak mengandungi unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam.

    Antara unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam itu termasuk ucapan dan lagu berkaitan agama, risalah agama, persembahan atau ucapan yang menghina Islam; penganjuran acara ketika waktu solat umat Islam lokasi acara yang berdekatan dengan surau, masjid, tanah perkuburan Islam atau tanah wakaf serta premis yang mengandungi simbol agama bukan Islam.

    Mengulas lanjut, Kadir turut membandingkan pengalaman peribadinya ketika menuntut di sebuah sekolah Kristian, Sekolah Saint Michael di Alor Setar, apabila dirinya menyaksikan sendiri suasana pendidikan yang harmoni tanpa ada sebarang isu akidah dalam kalangan pelajar Muslim.

    MENARIK:  Selisih faham dengan Hilman, exco Pemuda Bersatu letak jawatan

    “Saya mendengar rakan-rakan Kristian saya berdoa dan menyanyikan lagu-lagu agama selama lapan tahun. 

    “Salib dipaparkan di setiap bilik darjah. Guru-guru terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. 

    “Tidak seorang pun daripada kami menjadi kafir. Alhamdulillah,” katanya.

    Malah, menurut Kadir, bahawa dia sendiri pernah menghadiri majlis perkahwinan dan pengebumian penganut agama lain serta tinggal di rumah seorang paderi Anglican ketika menuntut di New Zealand, tanpa merasa akidahnya terancam.

    Dalam kritikannya terhadap Anwar, Kadir menyatakan bahawa perdana menteri sepatutnya menampilkan kepimpinan yang lebih inklusif dan tidak tunduk kepada tuntutan sektarian.

    “Mungkin kita semua perlu berhenti daripada terus memanjakan orang Melayu-Islam. Setiap umat Islam harus  bertanggungjawab terhadap akidahnya sendiri,” katanya.

    Tokoh wartarwan itu menutup kenyataannya dengan menegaskan bahawa kerajaan yang baik seharusnya memberikan ruang kepada rakyat, bukannya mengawal kehidupan mereka secara berlebihan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah