25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anggota polis maut dalam kemalangan tiga kenderaan

    Shopee Sale

    Seorang anggota polis maut dalam kemalangan membabitkan dua treler dan sebuah kereta di Kilometer 85.3 Jalan Kuala Kangsar-Pengkalan Hulu dekat Kampung Tawai, Gerik awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata kejadian pada 1.50 pagi melibatkan treler membawa muatan kayu balak, treler kargo membawa baja dan kereta Toyota Vios dipandu anggota polis itu.

    Beliau berkata mangsa yang berusia 42 tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

    “Siasatan awal mendapati treler muatan baja dipandu lelaki berusia 23 tahun dari arah Kuala Kangsar menuju Gerik hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar bahagian tepi kanan treler muatan balak dipandu lelaki 59 tahun dari arah bertentangan.

    MENARIK:  Saksi sahkan Khazanah salur RM19.5 juta kepada FashionValet pada 2018

    “Kemalangan itu menyebabkan treler muatan baja masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar Toyota Vios di belakang treler muatan balak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Abdul Samad berkata pemandu treler muatan baja cedera di bahagian kepala dan dirawat di Hospital Taiping.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah