31.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak saudara Hadi tak gentar lawan saman Dusuki sampai habis

    Shopee Sale

    Selepas kalah saman fitnah, bekas ketua Amanah Kawasan Marang, Miqdad Zakaria menyatakan dia tidak gentar meneruskan kes tersebut di Mahkamah Rayuan.

    "Hidup ini simple (mudah) saja, kalah menang sampai habis kena lawan. Masih ada peringkat rayuan dan ana (saya) tetap lawan," katanya dalam hantaran di Facebook.

    Semalam Malaysiakini melaporkan Miqdad yang juga anak saudara Presiden PAS, Abdul Hadi Awang diarahkan Mahkamah Sesyen Ipoh membayar RM306,000 kepada penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani.

    Hakim Norashima Khalid memutuskan demikian selepas Dusuki berjaya membuktikan dirinya difitnah melalui satu kenyataan media sosial tujuh tahun lalu.

    Peguam Dusuki berkata kes berkenaan berpunca daripada kenyataan terbuka Miqdad di media sosial bertarikh 28 April 2018, yang mendakwa Ahmad Dusuki gemar menyebarkan hadis tidak sahih.

    MENARIK:  Pendaki M'sia selamat pulang lepas 4 hari terperangkap di gunung Alaska

    Miqdad berkata pampasan RM306,000 itu kecil jika dibandingkan dengan kes membabitkan Ahli Palimen Kepala Batas, Mastura Muhammad.

    "Tetapi isu ini melibatkan hadis palsu, ia sangat rumit untuk difahami.

    "Apa pun, siapa sahaja tak boleh nafi yang kisah (hadis) palsu (Ukasyah) plantif pernah sebarkan. Jadi, apa takut?" katanya.

    Hadis Ukasyah atau Akasyah merujuk kepada kisahnya mahu memukul Nabi Muhammad ketika baginda sedang sakit sebelum wafat.

    Bagaimanapun terdapat pertikaian terhadap status hadis tersebut. Naib Canselor UniSIRAJ, Prof Rozaimi Ramle dalam satu kuliahnya mengatakan bahawa hadis itu palsu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah