30 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Allah sayang kau, kak' – Zahid sifatkan Siti Zaharah wanita hebat

    Shopee Sale

    Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.

    Menerusi catatan Facebook beliau hari ini, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mendoakan semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan tabah dalam menghadapi ujian.

    “Allahyarhamah merupakan seorang wanita yang hebat, kental dalam menghadapi segala cabaran dan saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada 1996 menyaksikan aura seorang pemimpin yang menerajui perjuangan institusi Wanita UMNO Malaysia ketika itu dengan jayanya.

    “Allah sayang kau, kak. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

    MENARIK:  'Kenapa anda berubah?' - soal kakak Beng Hock pada pemimpin PH

    Siti Zaharah yang juga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat disahkan meninggal dunia oleh anak sulungnya Timoer Dzakry Samarudin di Hospital Serdang pada 11.23 malam tadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah