29 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aktivis wanita Lim Chin Chin meninggal dunia

    Shopee Sale

    Bekas aktivis hak wanita, Theresa Lim Chin Chin, meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 68 tahun.

    Pemergiannya disahkan oleh anaknya, Daniel Jeyachristi Anthony yang juga bekas wartawan penyiaran di KiniTV.

    Daniel memaklumkan bahawa ibunya menghembuskan nafas terakhir di Wad Hematologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 3.30 pagi.

    “Terdapat komplikasi akibat kanser. Beliau disahkan menghidap Limfoma Non-Hodgkin awal minggu ini. Namun keadaannya terlalu lemah untuk memulakan rawatan kemoterapi, dan kesihatannya terus merosot,” katanya kepada Malaysiakini.

    Mendiang meninggalkan suami, Xavier Desayagam Anthony dan seorang anak bongsu, Joel Jothichristi Anthony, serta dua orang cucu.

    MENARIK:  Segamat terus dilanda gempa bumi lemah

    Sepanjang hayatnya sebagai aktivis, Lim aktif dalam pelbagai organisasi termasuk All Women's Action Society (AWAM), Women’s Development Collective, dan Women in Ministry and Theology.

    Pada tahun 1987, dia ditahan dalam operasi besar-besaran yang dikenali sebagai Operasi Lalang, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini telah dimansuhkan.

    Selepas pembebasannya, Lim terus bergiat aktif dalam perjuangan hak asasi. Pada tahun 2011, dia tampil memberikan sokongan terbuka kepada enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang turut ditahan di bawah ISA ketika itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah