25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aktivis Sabah ditahan kerana ‘ganggu’ operasi pengusiran penduduk

    Shopee Sale

    Pengasas Borneo Komrad Mukmin Nantang dan empat orang lagi ditahan di Pulau Bodgaya, Semporna, hari ini.

    Anggota NGO itu yang enggan dinamakan memberitahu Malaysiakini, mereka ditahan kerana didakwa mengganggu operasi pengusiran “penduduk haram” di Taman Marin Tun Sakaran di Semporna.

    “Mukmin mesej kami kira-kira pukul 11:30, maklumkan penahanan itu, katanya mereka dibawa ke Pejabat Sabah Parks,” katanya.

    Isnin lalu, sekurang-kurangnya lapan keluarga hilang tempat berteduh susulan operasi itu.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna Fauzi Abd Kadir mengesahkan penahanan itu tetapi berkata polis tidak terlibat.

    Katanya, penahanan itu dibuat untuk tujuan dokumentasi dan siasatan bawah Enakmen Taman Sabah.

    MENARIK:  Pengecualian cukai RM1,000 untuk bayaran pusat pelancongan tempatan

    Malaysiakini telah menghubungi Taman-taman Sabah, badan berkanun negeri, dan masih menunggu maklum balas mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah