26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal lobi letak calon Pemuda Umno di Ayer Kuning

    Shopee Sale

    Pemuda Umno sudah mengenal pasti calon yang sesuai untuk diketengahkan bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dalam pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan.

    Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan keputusan akhir tetap diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon terbaik bagi mewakili Umno.

    "Kita serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin parti untuk menentukan siapa yang terbaik dan saya percaya siapa yang dipilih oleh parti itulah yang terbaik akan kita keluarkan untuk berkhidmat untuk masyarakat," katanya.

    Akmal juga mengakui proses melobi calon dalam kalangan sayap parti merupakan amalan biasa setiap kali berlangsungnya pilihan raya.

    "Setiap kali PRK kita akan melobi, jadi itu sudah tentu baik Pemuda Umno, Wanita Umno mahupun Puteri mahupun siapa sahaja (akan melobi)."

    "Itu adalah perkara biasa tetapi kita serahkan, kita bagi nama kepada pucuk pimpinan presiden dan kita serahkan kepada kebijaksanaan presiden untuk menilai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Umno, Kuala Lumpur, hari ini.

    MENARIK:  PAS ucap takziah kepada pemimpin Hamas

    Terdahulu, Akmal mengadakan pertemuan dengan Angkatan Muda Parti Golkar Indonesia (AMPG).

    Ketika ditanya jika Pemuda Umno sudah mempunyai calon yang akan diketengahkan dalam PRK ini, Dr Akmal secara ringkas menjawab: "Sudah tentu".

    Kerusi DUN Ayer Kuning kosong selepas penyandangnya, Ishsam Shahruddin meninggal dunia pada Sabtu lalu.

    Adun Ayer Kuning itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 58 tahun ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandar Raya, George Town, Pulau Pinang.

    Allahyarham yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah sebelum ini bertanding di kerusi DUN Ayer Kuning dalam pilihan raya umum lalu.

    Dalam pertandingan lima penjuru, Ishsam berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih 2,000 undi, menewaskan pencabar terdekatnya, Nazri Hashim daripada Bersatu.

    Sementara itu, Akmal berharap Umno dapat mempertahankan kerusi berkenaan pada PRK yang akan datang.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah