32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal: Kalau Nga tak tahu tulis surat letak jawatan, saya buatkan

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sependapat mengingatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengenai ikrar pemimpin DAP itu untuk meletakkan jawatan jika BN menang dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

    Akmal berterus terang dalam kenyataannya dengan memberitahu Nga bahawa dia sendiri akan menulis surat peletakan jawatan itu sekiranya menteri berkenaan terlupa cara berbuat demikian.

    “Nga Kor Ming, tidak mengapa. Kita tunggu habis nanti. Kalau Nga Kor Ming tak tahu nak tulis surat peletakan jawatan, saya buatkan untuk dia,” kata Akmal (gambar atas, kiri) dalam klip pendek yang dimuat naik di media sosial malam tadi.

    Tuan Ibrahim pula, ketika mengucapkan tahniah kepada gabungan itu menerusi satu kenyataan hari ini, berkata selepas pilihan raya negeri berakhir, perhatian kini beralih kepada janji yang dibuat sepanjang kempen.

    “Antara yang paling mendapat perhatian ialah kenyataan YB Nga Kor Ming, yang berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Pakatan Harapan gagal mencapai sasaran dalam PRN Johor.

    “Sudah semestinya rakyat sedang menunggu sama ada janji tersebut akan ditunaikan.

    “Pemimpin DAP ini perlulah menunaikan janji yang lafazkan. Jika tidak DAP adalah parti yang hanya pandai berjanji namun tiada integriti.,” katanya.

    Nga dalam wawancara bersama Oriental Daily bulan lalu memberi amaran bahawa kemenangan besar Umno di Johor boleh membawa kepada pembebasan awal bekas perdana menteri Najib Razak.

    Sekiranya perkara itu berlaku, Nga berkata dia akan menjadi orang pertama yang meletakkan jawatan daripada kabinet dan memberi amaran bahawa DAP mungkin turut meninggalkan kerajaan persekutuan.

    Sebagai reaksi, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan meminta Nga segera meletakkan jawatan dan menuduhnya dengan angkuh mengaitkan Pilihan Raya Negeri Johor dengan kemungkinan pembebasan Najib.

    MENARIK:  Kumpulan NGO rancang himpunan bantah kunjungan Trump ke M'sia

    Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki pula mendakwa PH sedang memainkan naratif berkenaan, sambil menggesa parti politik supaya lebih berhati-hati ketika berkempen pada waktu itu.

    Pada pilihan raya Johor yang berakhir semalam, BN mengekalkan penguasaannya di negeri itu selepas memenangi 48 kerusi, bertambah lapan kerusi berbanding pilihan raya negeri pada Mac 2022.

    PH, yang kini menjadi satu-satunya pembangkang di Johor, memenangi lapan kerusi, berkurangan daripada 12 kerusi yang dikuasainya sebelum ini.

    Satu lagi gabungan utama, PN pula kehilangan kesemua tiga kerusi yang pernah dikuasainya.

    Tuan Ibrahim pada kenyataan sama juga berkata kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor akan meluaskan pengaruh gabungan itu dalam kerajaan persekutuan, sekali gus berpotensi menjadikannya “duri dalam daging” dalam pentadbiran PH-BN.

    Dia berkata keputusan pilihan raya itu menunjukkan PH masih belum berjaya meraih semula keyakinan rakyat, meskipun Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerap turun berkempen, yang disifatkannya sebagai langkah luar biasa.

    “Ternyata kehadiran beliau masih belum cukup meyakinkan kembali rakyat yang semakin nampak beliau dan pasukannya dari parti PH tidak amanah menunaikan janji.

    “Bagi PAS dan PN, keputusan ini perlu dijadikan medan muhasabah.

    “Kegagalan mempertahankan tiga kerusi menunjukkan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki, khususnya dari aspek penyelarasan organisasi, kekuatan jentera dan kesatuan dalaman.

    Post mortem yang menyeluruh semestinya akan dilakukan supaya persediaan menghadapi PRN Negeri Sembilan dan pilihan raya seterusnya menjadi lebih tersusun dan berkesan.”

    Tuan Ibrahim berkata keputusan keseluruhan pilihan raya negeri itu turut menunjukkan kemungkinan besar Pilihan Raya Umum ke-16 akan diadakan dalam masa terdekat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah